Posts

Pengaruh tv

Aduhai dah 5 hari tv aku mampuih,hahha aku wat kerja senang biaq dia kat kedai repair,anak cucu bising nak tgk tv aku wat dek je,walhal aku pun 2x5 ja.dah 6 setgh tahun tv tu setia berbakti tapi akhirnya dia menghembuskan nafas terakhirnya.hhaha cam aku bela benda hidup lakbila tulis cam nie.bila tanya hubby boleh beli tv baru tak !ayat best dia jawab tv nie agen yahudi perosak minda org islam.kalau berani jawab la dia.rosak pun ada hikmahnya.qperghhhhh.sat lagi sambung merapu lagi nak gi masak sat

Sabar

Macam tak caya ja aku nie bila aku dengar cerita2 tak best nie,apa cerita tak best tu hehe ada org menfitnah aku,dugaan sabar je la.apa yg menghairankan aku benda nie dah 17 tahun berlalu,dendam dia tak pernah habis,pada dia ini bukan perjalanan yg telah ditetapkan oleh ALLAH S.W.T.jodoh kita telah ditentukan,pasangan kita DIA pinjamkan untuk kita sekiranya jodoh tu separuh jalan redha la,kerana ada hikmah disebalik segalanya.hari2 hang nak slahkan org lain pun susah gak,cam hang yu perfect sgt kah .kesilapan sendiri tak da dlm perbendaharan kata hang kan?jgnpertikaian rezeki yg ALLAH S.W.Tberi.hang bising masa susah duk ngan hang masa senang duk ngan org lain,hang lupa.masa dia tinggaikan hang pun dia susa jugak,tapi bila dia tinggai hang rezeki dia ALLAH S.W.T beri ngan lebih baik,jgn suka bersungut hidup susah,maka akan susah la hang.hang tak pernah bersyukur masa hidup ngan dia,hang merungut kalau hang kahwin ngan org lain hidup senang.pasai tu hidup hang tak pernah senang.bila kit...
Image
Perjalanan pi umrah nie ada byk lagi tapi ari nie aku nak citer pasai pompuan nie sat.pelbagai dugaan telah dia lalui.yg paling aku tak leh lupa masa dia koma,tapi hari ini di masih mampu berdiri walau tak segagah dulu,tapi jiwa dia semakin hebat,penyerahannya dlm mencari keredhaan ALLAH S.W.T cukup kuat.semoga kehidupannya yg baru sebagai isteri akan menjadi salah satu punca dia mendapat jalan ke syurga ALLAH S.W.T,innshaallah.aku nak upload gambar kahwin dia di mana aku yg terlebih dari tuan umah hhehe.yg bwh nie pengantin ngan mak aku.(iron lady)  yg nie ngan mak dan kakak sulung dia,yg bestnya mak dia sepupu aku,tapi dia pi kahwin ngan pakcik mak aku sendiri,jadi sesama kami nak panggil apa ???????? hhehhe tunggang terbalik  nie aku ngan hubby aku 17 tahun dah usia perkahwinan aku dan aku masih belajar lagi untuk menguruskan rumahtangga ku
Image
MADINAH MUNNAWARRAH,tak terucap dgn perkataan melainkan dgn lafaz subhannallah maha suci ALLAH yg menjadikan setiap yg ada dilangit dan dibumi.sayu sesgt pasai tak leh masuk,tapi anak2 aku beruntung semuanya dapat mereka masuk syukur dgn rahmat ALLAH S.W.T.

Umrah dibulan feb 2015 -6

Image
Hari berangkat kemadinah,sayu rasanya tak dapat buat tawaf wida,redha aje.berjalan bersama2 keluarga sampai kat depan safwa tower mereka masuk kedlm untuk melakukan tawaf wida aku menunggu sebentar  memandang kearah kaabah seketika dgn linangan airmata bersyukur kerana dapat melihatwalaupun dari luar.keadaan dlm renovation masjid terbuka hampir separuh jadi dari sestgh sudut kita dapat melihat kaabah walau hanya bahagian atas.masa nie tak boleh ambik gambar,jadi aku pun tak bawa phone.usai melangut kat situ dlm 15 minit aku berjalan kembali ke hotel bersiap membawa baki beg turun ke lobi.sayu sungguh la tak da istilah yg dapat dibyngkan

Umrah dibulan feb 2015 -5

Image
Hari keenam agak sedih untuk aku sepatutnya kami bersedia untuk umrah ketiga,pulang dari solat subuh aku sedar aku dah uzur,jadi tak leh wat umrah ketiga,sedih jgn cakap,tapi kena sedar aku sepatutnya bersyukur dan redha ALLAH S.W.Tmenguji sejauh mana aku redha dgn ketentuanNYA.aku Tak leh wat umrah untuk arwah ayah jadi aku amanahkan kepada anak pompuan ku,alhamdulillah semuanya selesai dgn baik.  suami buat untuk arwah bapa dia,

Umrah dibulan feb 2015-5

Image
Catatan ke 5,hari jumaat dimasjidilharam sunyi tanpa kedengaran bunyi2 kren2 dok wat kerja.rasa senang sgt debu tak da,rasa nak duduk lama2 kat situ.tghari huh punya la ramai umat islam kat masjidilharam penuh sampai kat luar,apa ada pada matahari yg memancar ataih kepala tak dapat dibandingkan dengan berada disaf pertama,subhanaallah,mahasuci ALLAH.macam biasa maghrib ngan isyak memang ada kat sana.balik mlm bersedia untuk umrah ke 2 pagi esok,kami akan keluar ziarah tempat2 sejarah dan akan berniat dijar'anah,salah satu miqat yg terdekat.  kali kedua melakukan ibadah umrah ketiga3 anakku lebih berkeyakinan,alhamdulillah,syukur semuanya selesai sebelum azan asar.usai solat asar kami pulang ke hotel mlm nie kami solat kat bilik hotel ja.