Posts

Showing posts from 2015
Image
Assalamualaikum,terasa benar dugaan nie,tapi aku tahu ALLAH S.W.T memberi kerana DIA  tahu aku mampu mengharunginya.impian dan harapan aku untuk kesana lagi tak kesampaian.syarat yg suami beri buat aku jadi berat hati.nak tenang di sana aku perlu bawa anak2 kerana bila mereka bersama aku jadi kuat,bukan la bermakna tanpa mereka aku tak mampu.tapi aku mahu memberi mereka erti dan pengetahuan.mengajar mereka hidup kita perlu bersyukur.aku mahu mereka melihat betapa besar dan nikmatnya pemberian ALLAH S.W.T.  proses pembesaran memerlukan seluruh kehidupan kita.akubawa mereka sekali tahun nie dan kesannya mereka boleh menerima prosesnya.aku nak mereka mendalami lagi pengertiannya,aku mahu mereka menerima lebih  baik dari aku
Image
family
assalamualaikum,ari nie nak citer pasai sesuatu yg lama tersimpan dihati,bukan niat dihati tapi rasanya sgt terluka.(ayat poyo bebnar).pernah tak kita rasa tak sehaluan ngan keluarga kita.seorg anak pompuan apabila dia meninggalkan rumah,mengikut suaminya maka tanggungjawabnya adalah pada suami dan keluarganya.aku tidak mampu mengikut rentak keluarga ku lagi.tapi aku bersyukur dipertemukan dgn suamiku yg membimbing dan mendorong aku untuk mencari redhaNYA.selama ini aku lupa dan tak bertanggungjawab pada ugamaku sendiri.alhamdulillah segalanya berubah atas kehendakNYA.kedua2 kami berusaha untuk memperbaiki diri dan mencari jalan yg lebih baik,tapi sayangnya mereka tak memahami. aku tak sebaik mereka,mereka lebih baik dari aku.hanya doa saja yg mampu kukirim pada kedua org tua ku.semoga ALLAH S.W.T mengampunkan dosaku pada kedua org tuaku.sekiranya terguris dihati mereka alngkah berdosanya aku.
Image
Assalamualaikum,berat benar nak wat keputusan tapi jika ini yg terbaik,aku redha.bukan mudah untuk meninggalkan permata hati walaupun sehari dua inikan pulak 12 hari,YA ALLAH  berilah aku kekuatan untuk melakukannya.
Selamat hariraya.terasa sungguh aku raya nie segalanya hambar,bukan kerana org lain tapi aku sendiri merasa terlalu byk kekurangan diri dlm mengejar ganjaran dibulan ramadhan nie,aku gagal memanfaatkan kelbihan bulan mulia nie
Alhamdulillah dah nak masuk 15 ramadhan,sedih aku tahun nie byk agenda tergendala.aku tahu apa sebabnya tapi fizikal aku tak cukup kuat nak wat camna.anak cucu ada diumah kesian lak pulak kalau sibuk mementingkan diri sendiri.....hmmmmm
Image
Alhamdulillah aku berterima kasih padamu ya ALLAH atas segala rahmatMU.minggu nie anak2 sibuk ngan sukan sekolah.aisyah di convent green lane aliff dibukit gelugor.akhirnya mak depa yg tergolek hhehehe.dugaan hidup cukup mencabar pada ketika ini,sabarla sentiasa ujian tu ada manisnya
Subhanallah rindu bertamu dihati,rasanya jiwaku ada disana,YA ALLAH sesungguhnya kau maha mengetahui,jemput lah kami lagi.terasa tenang dan penuh keinsafan bila disana
Image
Masa yg dah lalu kita tak leh nak ulang dah cuma apa yg mampu kita lakukan ialah belajar dari semua kesilapan dan kelalaian kita dlm menjalani kehidupan kita sebagai hambanya
Image
Dlm hidup kita nie ada byk yg menuntut kita untuk menjadi sekuat-kuatnya manusia,dlm mencari erti dan nilai kebahagiaan bermacam yg perlu kita tempuh.anak2 mereka la penawar mereka la racun,adaketika nya bagaikan belati yg menusuk tajam dihati. Kita rasa susah untuk mendidik tapi susah lagi makbapa kita nak mendidik kita sendiri. Mak bapa aku walaupun takda pendidikan tinggi tapi depa mampu memelihara dan membesarkan kami berenam.kami enam beradik bukan laberpendidikan tinggi tapi sekurang2nya kami menjadi manusia yg masih tahu agama dan adab.  terimakasih pada ibubapa kami takda satu apapun didunia nie yg leh ditukarganti ngan ibubapa kami.terimakasih pada Allah s.w.t kerana mengizinkan kami lahir kedunia ngan ibubapa kami ini.hidup kami bukan la mewah tapi kami masih tahu adab dan menghormati kedua ibubapa kami,alhamdulillah aku bersyukur pada mu ya ALLAH .  al fatihah untuk arwah ayah dan doaku untuk ibu ku semoga satu hari nanti aku berjaya membawa ibu ku untuk me...

Pengaruh tv

Aduhai dah 5 hari tv aku mampuih,hahha aku wat kerja senang biaq dia kat kedai repair,anak cucu bising nak tgk tv aku wat dek je,walhal aku pun 2x5 ja.dah 6 setgh tahun tv tu setia berbakti tapi akhirnya dia menghembuskan nafas terakhirnya.hhaha cam aku bela benda hidup lakbila tulis cam nie.bila tanya hubby boleh beli tv baru tak !ayat best dia jawab tv nie agen yahudi perosak minda org islam.kalau berani jawab la dia.rosak pun ada hikmahnya.qperghhhhh.sat lagi sambung merapu lagi nak gi masak sat

Sabar

Macam tak caya ja aku nie bila aku dengar cerita2 tak best nie,apa cerita tak best tu hehe ada org menfitnah aku,dugaan sabar je la.apa yg menghairankan aku benda nie dah 17 tahun berlalu,dendam dia tak pernah habis,pada dia ini bukan perjalanan yg telah ditetapkan oleh ALLAH S.W.T.jodoh kita telah ditentukan,pasangan kita DIA pinjamkan untuk kita sekiranya jodoh tu separuh jalan redha la,kerana ada hikmah disebalik segalanya.hari2 hang nak slahkan org lain pun susah gak,cam hang yu perfect sgt kah .kesilapan sendiri tak da dlm perbendaharan kata hang kan?jgnpertikaian rezeki yg ALLAH S.W.Tberi.hang bising masa susah duk ngan hang masa senang duk ngan org lain,hang lupa.masa dia tinggaikan hang pun dia susa jugak,tapi bila dia tinggai hang rezeki dia ALLAH S.W.T beri ngan lebih baik,jgn suka bersungut hidup susah,maka akan susah la hang.hang tak pernah bersyukur masa hidup ngan dia,hang merungut kalau hang kahwin ngan org lain hidup senang.pasai tu hidup hang tak pernah senang.bila kit...
Image
Perjalanan pi umrah nie ada byk lagi tapi ari nie aku nak citer pasai pompuan nie sat.pelbagai dugaan telah dia lalui.yg paling aku tak leh lupa masa dia koma,tapi hari ini di masih mampu berdiri walau tak segagah dulu,tapi jiwa dia semakin hebat,penyerahannya dlm mencari keredhaan ALLAH S.W.T cukup kuat.semoga kehidupannya yg baru sebagai isteri akan menjadi salah satu punca dia mendapat jalan ke syurga ALLAH S.W.T,innshaallah.aku nak upload gambar kahwin dia di mana aku yg terlebih dari tuan umah hhehe.yg bwh nie pengantin ngan mak aku.(iron lady)  yg nie ngan mak dan kakak sulung dia,yg bestnya mak dia sepupu aku,tapi dia pi kahwin ngan pakcik mak aku sendiri,jadi sesama kami nak panggil apa ???????? hhehhe tunggang terbalik  nie aku ngan hubby aku 17 tahun dah usia perkahwinan aku dan aku masih belajar lagi untuk menguruskan rumahtangga ku
Image
MADINAH MUNNAWARRAH,tak terucap dgn perkataan melainkan dgn lafaz subhannallah maha suci ALLAH yg menjadikan setiap yg ada dilangit dan dibumi.sayu sesgt pasai tak leh masuk,tapi anak2 aku beruntung semuanya dapat mereka masuk syukur dgn rahmat ALLAH S.W.T.

Umrah dibulan feb 2015 -6

Image
Hari berangkat kemadinah,sayu rasanya tak dapat buat tawaf wida,redha aje.berjalan bersama2 keluarga sampai kat depan safwa tower mereka masuk kedlm untuk melakukan tawaf wida aku menunggu sebentar  memandang kearah kaabah seketika dgn linangan airmata bersyukur kerana dapat melihatwalaupun dari luar.keadaan dlm renovation masjid terbuka hampir separuh jadi dari sestgh sudut kita dapat melihat kaabah walau hanya bahagian atas.masa nie tak boleh ambik gambar,jadi aku pun tak bawa phone.usai melangut kat situ dlm 15 minit aku berjalan kembali ke hotel bersiap membawa baki beg turun ke lobi.sayu sungguh la tak da istilah yg dapat dibyngkan

Umrah dibulan feb 2015 -5

Image
Hari keenam agak sedih untuk aku sepatutnya kami bersedia untuk umrah ketiga,pulang dari solat subuh aku sedar aku dah uzur,jadi tak leh wat umrah ketiga,sedih jgn cakap,tapi kena sedar aku sepatutnya bersyukur dan redha ALLAH S.W.Tmenguji sejauh mana aku redha dgn ketentuanNYA.aku Tak leh wat umrah untuk arwah ayah jadi aku amanahkan kepada anak pompuan ku,alhamdulillah semuanya selesai dgn baik.  suami buat untuk arwah bapa dia,

Umrah dibulan feb 2015-5

Image
Catatan ke 5,hari jumaat dimasjidilharam sunyi tanpa kedengaran bunyi2 kren2 dok wat kerja.rasa senang sgt debu tak da,rasa nak duduk lama2 kat situ.tghari huh punya la ramai umat islam kat masjidilharam penuh sampai kat luar,apa ada pada matahari yg memancar ataih kepala tak dapat dibandingkan dengan berada disaf pertama,subhanaallah,mahasuci ALLAH.macam biasa maghrib ngan isyak memang ada kat sana.balik mlm bersedia untuk umrah ke 2 pagi esok,kami akan keluar ziarah tempat2 sejarah dan akan berniat dijar'anah,salah satu miqat yg terdekat.  kali kedua melakukan ibadah umrah ketiga3 anakku lebih berkeyakinan,alhamdulillah,syukur semuanya selesai sebelum azan asar.usai solat asar kami pulang ke hotel mlm nie kami solat kat bilik hotel ja.

Umrah dibulan feb 2015-4

Image
Hari pertama selesai umrah pertama,kami berada di masjidilharam dari 5.30 petang hingga lepaih isyak,air mata tak berhenti dari saat melihat baitullah,terasa kebesaran ALLAH S.W.T.betapa kerdilnya diri ini.anak2 memang seronok melihat suasana disini,berada di mataf yg atas sekali,boleh melihat keseluruhan dibwh,anak2 sibuk bertanya bermacam2 soalan,yg best dia berdoa ngan anak2 yg kecik,mengajar mereka berdoa meminta pada ALLAH S.W.T.sesungguhnya itu lah saat terbaik aku bersama anak2.tak ternilai rasanya.alhamdulillah diberi peluang sebesar ini. Solat subuh bersama suami di hari kedua dimasjidiharam,subhanallah jgn cakap gah la kat aku kononnya kat negara barat tu ada bandar yg tak pernah tidoq konon,disini ditanahharam ini,tak pernah kosong masjidiharam ini sentiasa penuh org,beribu manusia yg hadir untuk memohon keampunan,mencari keredhaan.masing2 membawa seribu permintaan dgn harapan doa mereka akan dimakbulkan,innshaaallah.percayalah kat sini kebykan doa kita ALLAH S...

Umrah dibulan feb2015 4

Umrah dibulan feb2015-3

Image
 gambar sekitar klia hingga jeddah

Umrah dibulan feb 2015 -3

Image
Aduhai menulis tunggang langgang,sebenarnya tak kisah pun,rasanya takda org bacapun hehehe,okeyla kita sambung perjalanan selama 9jam mak aiii rasa cam keras pinggang tak leh gerak,ya lawaknya tak adjust langsung seat dlm kapalterbang,bila fikiaq2 balik nak gelak pun ada,jakun pun ada.okey ke laut lagi.bab makan dlm flight.dari klia ke jeddah memang best,layanan pun best so kalau ikut gred aku bagi A.boleh dikatakan aku tak lena langsung sepanjang 9 jam dlm flight.dlm hati ada macam2 rasa.apa yg aku rasa org lain kena rasa sendiri,tak tau nak terangkan pun.     Sampai airport jeddah,sebaik saja nampak bandar jeddah airmata laju je turun,terimakasih,syukur padaMU YA ALLAH.takda satu perkataan pun yg boleh terangkan ngan jelas apa yg ada dihati(huh rasanya ayat ini akan berulang berkali2).selalu mendengaq sampai sana akan ambik masa dlm 2 atau 3 jam untuk pemeriksaaan imigresen.alhamdulillah tak sampai sejam urusan disitu dah selesai,yg bestnya dapat officer yg ramah sesg...